
Portal Myekuin Diwujudkan Atas Kesedaran Melihat Peningkatan Peminat Kuda Dan Pemilik Kuda Yang Berlaku Diantara 10% Hingga 30% Dari Tahun Ke Tahun Di Malaysia.
Namun Segala Maklumat Berkaitan Ekuin Negara Tidak Dikumpulkan Secara Baik Dan Sistematik Sehingga Menyukarkan Pembangunannya Dalam Menjayakan Rekreasi Sukan Berkuda Di Malaysia.
Justeru Itu, Myekuin Telah Dibangunkan Sebagai Portal Berita Dan Majalah Kuda Malaysia Bagi Tujuan Mengumpul Maklumat Berkaitan Kuda Dan Peminat Kuda Yang Berlaku Di Malaysia Khususnya.
Antara Maklumat Yang Boleh Didapati Di Dalam Portal Myekuin Ini Adalah Berkaitan Berita Dan Program Ekuin Semasa, Di Samping Perkongsian Ilmu Berkaitan Pengurusan Kuda Dan Aktiviti Berkuda.
Myekuin Juga Diharap Menjadi Medan Pengumpulan Dan Interaksi Komuniti Kuda Malaysia Yang Terdiri Daripada Peminat, Pemilik Kuda, Pusat Berkuda, Jurulatih, Persatuan, Usahawan Dan Lain-Lain Kepakaran Dalam Bidang Ekuin.





