Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #04

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #04

from Dictionary:-

  1. (adj) of, relating to, or suggestive of a wild beast
  2. (adj) not domesticated or cultivated
  3. (adj) having escaped from domestication and become wild

---------------------------------------------------------------------------------------

Jika semalam admin telah menulis berkaitan perkataan kuda liar, hari ini satu lagi istilah yang menghampiri kuda liar akan dikupas. Perkataan feral ini sebenarnya lebih sesuai untuk digunakan di Malaysia terutamanya, jika kita melihat kuda-kuda yang hidup bebas di hutan, bukit, gunung dan sebagainya. 

Maksud perkataan feral adalah kuda yang bebas (free-roaming horse) daripada kawanan domestiknya. Kuda-kuda ini mungkin tersesat, melarikan diri atau sengaja dilepaskan untuk hidup bersama kawanan di dalam habitat asalnya. 

Lawan bagi kuda feral ini adalah kuda domestik, yakni kuda yang dipelihara oleh manusia di dalam kandang dan terpisah dari habitat asalnya. Semenjak kuda mula didomestikkan, maka baka-baka kuda ini bertukar status daripada wild kepada feral seperti baka brumbies, welsh pony and cob, kaimanawa dan lain-lain. 

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata