Tiada Lagi 'Kepala Kuda' Di Tusan Cliff
Adakah anda maklum, di Malaysia terdapat kepala kuda gergasi yang terbina daripada tebing batu secara semula? Lambang ikonik ini terletak di Pantai Trusan, Bekanu atau lebih popular dengan gelaran Tusan Cliff yang merupakan salah satu tarikan pelancong di Miri, Sarawak.
Tusan Cliff mempunyai reka bentuk unik kerana strukturnya menyerupai kepala kuda seakan-akan sedang minum air yang digelar sebagai 'Drinking Horse'. Ikon ini telah menarik ramai pelawat serta pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat sendiri keunikan ini malahan tidak kurang yang menjadikannya sebagai lokasi penggambaran.
Malangnya, 'Drinking Horse' ini hanya menjadi tinggalan sejarah kerana telah dilaporkan runtuh dan hancur berkecai pada Februari 2020. Menurut Malaysian Nature Society (MNS), pembinaan jalan berhampiran Tusan Cliff menjadi salah satu faktor keruntuhan tersebut di samping pembersihan tumbuh-tumbuhan yang menyerap air hujan.
Walaupun lambang ikonik kuda tersebut runtuh, Pantai Tusan masih menjadi tarikan kerana terkenal dengan fenomena 'Blue Tears' yang merupakan fenomena semula jadi disebabkan oleh organisma bercahaya yang dipanggil Dinoflagellate.
Bertuah warga Sarawak kerana memiliki fenomena-fenomena unik seperti ini. Beruntung juga bagi mereka yang pernah berpeluang melihat tinggalan sejarah ini secara berdepan.













