Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #15

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #15

from Dictionary :

  1. (noun) the part f your body at the end of your arm which has five fingers
  2. (noun) some help
  3. (verb) to give or pass

----------------------------------------------------------

Hand sebenarnya bukanlah tertakluk kepada istilah dalam berkuda sahaja. Perkataan hand ini telah wujud sejak zaman purba yang memberi maksud unit ukuran buat mereka memandangkan belum ada alat teknologi yang canggih untuk mengukur ketika itu. 

Ukuran hand ini merujuk kepada keluasan tapak tangan secara mendatar bermula dari hujung tapak tangan hingga ke ibu jari ketika dirapatkan. Kini, ukuran hand telah diselaraskan dalam ukuran metrik menjadi 4 inci atau 10.16 cm. 

Walaupun pelbagai unit ukuran telah diperkenalkan, hand masih lagi menjadi salah satu unit rasmi dalam mengukur  ketinggian kuda. Ketinggian seekor kuda diukur bermula dari tanah sehingga ke paras withers. 

Tambahan: admin ada menulis artikel khusus tentang ketinggian kuda dalam menu myekuin dan sub menu penjagaan & pengurusan kuda

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata