Hidalgo (2004)

Horse Movie Session adalah siri ulasan sinopsis dan pengajaran filem-filem yang berkaitan kuda untuk tontonan umum

Jom hari ni kita layan filem tahun 2004, tajuknya HIDALGO. Filem ini adalah sebuah tribut kepada Frank Hopkins yang merupakan lagenda perlumbaan jarak jauh Amerika dan kuda Mustangnya (Hidalgo). Filem Hidalgo ini telah mengubah pandangan dunia terhadap kuda Mustang terutamanya dalam kalangan bangsa arab.

Di awal cerita, Frank Hopkins dan Hildago merupakan sebahagian daripada pertunjukan ‘Buffalo Bill’s Wild West’. Dalam pertunjukkan tersebut mereka dikatakan sebagai pasangan endurance terbaik dunia. Pada satu hari, Hopkins dan Hidalgo dicabar untuk memasuki pertandingan ‘Ocean of Fire’ yang merupakan perlumbaan sejauh 3000 batu merentasi padang pasir di Najd. Cabaran terbesar mereka adalah untuk menewaskan Al-Khamsa (baka kuda arab terbaik dunia dalam endurance) yang merupakan juara bertahan bagi pertandingan ini. Di samping itu, mereka juga mendapat tentangan yang hebat daripada kuda-kuda arab yang lain.

Filem ini memaparkan sifat saling memahami yang sangat tinggi antara Hopkins dan Hidalgo. Ada ketikanya, Hopkins memberi keyakinan kepada Hidalgo dan ada pula ketikanya Hidalgo yang meyakinkan Hopkins. Lebih menarik apabila watak Hopkins yang diperlekehkan pada awalnya telah membuka mata semua orang bahawa kehebatan kuda bukanlah terletak pada bakanya semata-mata.

Bagi peminat filem aksi, filem ini mungkin tidak digemari anda kerana jalan ceritanya yang sedikit perlahan tetapi sarat dengan bukti hubungan manusia dan kuda.

Tekan link di sebelah kanan  untuk menonton kesungguhan Hopkins dan Hidalgo dalam mengharungi ‘Ocean of Fire’ yang sangat mencabar.