Salahuddin Al-Ayyubi dan Kuda

Salahuddin Al-Ayyubi dan Kuda

 “Ketika mana Allah memberikanku Mesir, Allah sedang memberikanku Palestin”

Itulah ungkapan keramat yang diucapkan seorang tokoh dalam khutbah pertamanya sebagai pemerintah Mesir. Tokoh tersebut adalah Yusuf Ibnu Ayyub atau lebih dikenali sebagai Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin bagi sejarawan barat. Terdapat beberapa kisah berkenaan Saluddin Al-Ayyubi dan kuda yang terakam dalam buku-buku sejarah. 

 

1. Panglima kuda yang handal

Salahuddin Al-Ayyubi merupakan seorang penunggang kuda yang cekap dan merupakan sebahagian daripada tentera berkuda kerajaan Aleppo pimpinan Al-Malik Nuruddin Al-Zanki sebelum beliau memerintah Mesir dan mengasaskan kerajaan Ayyubiyah. Bahkan patung Salahuddin Al-Ayyubi yang dibina di Syria menggambarkan beliau sedang menunggang kuda di sisinya dua pemerintah Kristian yang ditawan.

2.Seorang pemain polo

Terdapat beberapa penulisan sejarah yang menceritakan bahawa Salahuddin Al-Ayyubi gemar bermain polo berbanding catur sebelum menjadi panglima berkuda. Namun, perincian berkaitan peraturan dan permainan polo tersebut tidak diperincikan didalam buku-buku sejarah.

3. Peminat kuda arab

Sejak kecil beliau telah diasuh berkenaan susur-galur, biografi, sejarah dan peradaban orang arab termasuklah sifat-sifat kuda arab dan susur galur kuda arab. Perkara ini dilihat ajaib bagi sejarawan kerana Salahuddin Al-Ayyubi berasal dari bangsa Kurdish (bukan arab) tetapi mahir berkenaan kuda arab.  

4. Kuda adalah ubat

Sewaktu tentera Ayyubiyah mengepung bandar acre (tempoh pengepungan selama lebih satu tahun) Salahuddin Al-Ayyubi jatuh sakit namun beliau tetap keluar menunggang kuda untuk memeriksa tenteranya. Kelakuannya itu membuatkan pembantunya Bahauddin bertanya mengenai sakitnya, lalu jawab Salahuddin Al-Ayyubi “Penyakit akan meninggalkanku apabila aku menunggang kuda”

5. Musuh yang aman

Dalam salah satu peperangan di Arsuf, Salahuddin Al-Ayyubi menghantar dua kuda termahal miliknya kepada Richard Lionheart ketika melihat kuda Richard terpotong kaki yang menyebabkannya jatuh ke tanah. Sikap hormat dan berperilaku baik terhadap musuh inilah yang menyebabkan Saladin juga disanjung oleh sebahagian barat.

  

Tidak dapat dinafikan kuda adalah watak utama dalam setiap pengembaraan sejarah peradaban dunia sama ada sebagai kenderaan, senjata, pelindung ataupun pahlawan itu sendiri. Masih ramai dikalangan kita yang masih belum mengenali kuda, AYUHHH kita semarakkan lagi sunnah ini dinegara kita, moga lahir watak Salahuddin Al-Ayyubi dalam versi bangsa kita. 

>> Bersama kami dalam page ini dan bantu kami share untuk manfaat bersama <<