Akan Datang - Projek Myekuin X Ramadhan 1445H

Akan Datang - Projek Myekuin X Ramadhan 1445H

Pejam celik pejam celik sudah hampir 12 bulan kita meninggalkan Ramadhan 1444H. Jika diikutkan kaedah pengiraan hisab yang tercatat di dalam kalender masihi, 11 Mac 2023 (Isnin) merupakan tarikh bagi 1 Ramadhan 1445H.

Oleh itu, tinggal kurang lebih beberapa jam sahaja lagi kita akan mula melakukan solat tarawih dan berpuasa di siang hari.

Walaubagaimanapun, kita masih menantikan pengumuman tarikh oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja esok hasil dari cerapan anak bulan (rukyah) yang dilakukan oleh pihak-pihak bertanggungjawab.  

Bila disebut bulan Ramadhan, sudah pasti semua diantara kita berniat untuk memperbaiki diri dan juga amalan selari dengan kemuliaan dan keberkatan bulan yang mulia ini.

Ramai juga dikalangan kita bakal mengurangkan bahkan merehatkan aktiviti berkuda yang biasa dijalani kerana menyedari ujian dan cabaran yang kuat bakal ditempuh jika berkuda di bulan Ramadhan. 

Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana aktiviti berkuda sangat memerlukan tenaga yang cukup ditambah pula keaadaan cuaca yang semakin membahang hujung-hujung ini. 

Bersempena Ramadhan ini, MYEKUIN akan menjalankan satu mini projek yang bertujuan untuk memupuk rasa cinta akan ilmu berkuda sekaligus dapat mengisi ruangan aktiviti berkuda yang dikurangkan sepanjang Ramadhan ini. 

Mengambil konsep Khairul Aming (1 Hari 1 Resepi), MYEKUIN juga akan menyajikan anda dengan istilah-istilah berkaitan kuda setiap hari sepanjang Ramadhan yang akan dikupas dan dibedah untuk kefahaman kita semua.

Projek ini dinamakan 1 HARI 1 KATA.

Kerjasama anda dalam memberi ISTILAH/ PERKATAAN/ KATA yang tidak difahami atau yang ingin dikupas di ruangan komen di bawah. 

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda dan semoga usaha kecil memberi manfaat kepada semua Komuniti Kuda Malaysia.