Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #26

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #26

from Dictionary :

  1. (adj) firm and difficult to bend or move
  2. (adj) not easy to move
  3. (adj) very thick; almost solid
  4. (adj) more difficult or stronger than usual
  5. (adj) not relaxed or friendly; formal
  6. (adj) extremely

------------------------------------------

Istilah stiff merupakan istilah yang mengelirukan sebenarnya. Hal ini kerana, istilah stiff ini sangat hampir dengan istilah yang dibicarakan semalam iaitu lameness, sehingga ada yang menyatakan kedua-dua istilah ini adalah sama. 

Hakikatnya, stiff ini lebih bersifat umum dan lameness merupakan salah satu tanda-tanda bagi stiff. Stiff merujuk kepada pergerakan kuda yang kekok atau terbatas kesan daripada ketegangan atau kekerasan pada otot dan sendi kuda. 

Lazimnya, stiff ini akan berlaku pada waktu pagi (morning stiffness) atau kuda yang ditinggalkan lama di dalam kandang. Kuda sama seperti manusia, otot dan sendi akan berasa tegang, keras, sengal ketika mula beraktiviti jika lama tidak digunakan. Maka, aktiviti pemanasan badan (warming up) dan penyejukan (cooling down) penting setiap kali ingin memulakan dan mengakhiri latihan bagi mengelakkan kuda stiff

Tambahan: Latihan mungkin melegakan kuda stiff tetapi lebih menyakitkan kuda lame

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata