FEI World Endurance Championship 2024 : Malaysia Raih Tempat Ketiga Kumpulan
Pasukan Kuda Lasak Malaysia mengharumkan nama negara apabila menduduki tempat ketiga kumpulan dalam pertandingan FEI World Endurance Championship yang berlangsung di Monpazie, France pada 7 September 2024.
Pasukan Perancis mendominasi saingan kumpulan di tempat pertama, diikuti pasukan China di tempat kedua, kemudian pasukan Malaysia yang menewaskan beberapa lagi negara lain seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Brunei, Portugal, Norway dan lain-lain.
Bagi edisi kali ini, pasukan Malaysia diwakili oleh 5 orang atlet iaitu :
- Mohd Bulkhari Rozali
- Muhammad Aizad Mohd Riduan
- Tengku Muhammad Syukri Tengku Mahmood
- Jasryn Jaffly
- Abdul Latif Abd Rani
Berita ini dikongsi oleh facebook rasmi Equestrian Association of Malaysia (EAM) yang turut menghantar wakil sebagai pengiring dan pengurus atlet ke kejohanan ini.
Kejayaan ini membuktikan masih ramai bakat dan pelapis negara yang mampu membawa nama Malaysia di persada antarabangsa. Semoga sukan ekuestrian ini terus berkembang dan diberikan perhatian terhadapnya.
Majulah Sukan Ekuestrian Untuk Negara !













