The Black Stallion (1974)

Horse Movie Session adalah siri ulasan sinopsis dan pengajaran filem-filem yang berkaitan kuda untuk tontonan umum

Hari ini admin nak review satu lagi movie kuda yang sangat legend. Admin yakin movie yang terbit pada tahun 1974 ini pasti telah ditonton oleh ramai dikalangan kita. Jika movie-movie yang telah sebelum ini semua berkisar tentang seorang remaja, movie kali ini menampilkan watak seorang kanak-kanak pula sebagai pelakonnya.

Movie ini mengisahkan perjalanan seorang budak lelaki yang bernama Alec Ramsey. Alec terdampar di pantai yang sunyi bersama seekor kuda arab hitam (Black). Mereka berkawan dan menghabiskan masa bersama sehingga mereka diselamatkan dari pulau tersebut. Alec yang yakin dengan keupayaan Black bercadang untuk memasuki pertandingan lumba kuda bagi memberitahui umum keupayaan Black. Banyak liku-liku yang Alec dan Black tempuhi dalam menempatkan diri mereka sebagai jaguh dalam lumba kuda.


Kisah dalam movie ini adalah adaptasi daripada sebuah novel kanak-kanak. Menariknya, movie ini memaparkan kasih sayang kuda dengan seorang anak kecil. Hubungan dan kepercayaan yang dibina Alec dibalas dengan baik oleh Black walaupun Alec hanyalah seorang budak kecil. Peristiwa Alec menyelamatkan Black dan Black menyelamatkan Alec cukup untuk menjadi bukti bahawa kuda kenal siapa yang pernah hadir dalam hidupnya sekalipun orang itu hanyalah seorang kanak-kanak. Bukan itu sahaja, terdapat satu babak dimana Black meneruskan larian sekalipun kakinya luka dan inilah sebenarnya sifat seekor kuda. Kadangkala kesetiaan yang dimiliki kuda memakan diri mereka sendiri akibat dari kecuaian seorang penunggang.

p/s: Bagi sesiapa ingin berkongsi link bagi versi penuh filem ini bolehlah letak di ruangan komen di bawah