The Black Stallion Return (1893)

Horse Movie Session adalah siri ulasan sinopsis dan pengajaran filem-filem yang berkaitan kuda untuk tontonan umum

Filem review kali ini adalah sambungan daripada filem The Black Stallion yang pernah kami review sebelum ini. Alec, Black dan latar belakang racing dikekalkan dalam sekuel ini.

Black yang mula terkenal selepas racing yang lalu telah dicuri daripada Alec oleh tuan asalnya (seorang arab). Alec Ramsey yang kehilangan Black telah mengembara seorang diri sehingga ke tanah arab dengan misi membawa pulang Black. Sebagai syarat untuk mendapatkan Black, Alec perlu menang dalam perlumbaan antara orang arab dengan menunggangi Black. Alec berjaya menang, namun dia meninggalkan Black di tempat barunya.

Filem kali ini berbeza dengan filem kuda yang lain, watak kuda dalam filem ini hanya muncul sebagai watak sampingan. Pada kali ini, pengarah lebih berminat untuk memaparkan kisah pengembaraan seorang kanak-kanak yang terlalu cinta kepada kudanya. Cinta kepada kuda inilah yang mendorong Alec Ramsey menempuh beberapa ujian yang berat dan sukar walaupun dia hanyalah seorang kanak-kanak. Selain itu, budaya arab yang sangat hormat kepada tetamu juga diangkat tinggi dalam filem ini. Nilai persahabatan dalam filem ini juga baik kerana memaparkan persahabatan tanpa sempadan walaupun kita dari berlainan bangsa dan agama.

The danger return,
The challenge return,
The courage return,
The mistery return, The excitement return

p/s: Bagi sesiapa ingin berkongsi link bagi versi penuh filem ini bolehlah letak di ruangan komen di bawah