Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #13

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #13

from Dictionary :

  1. (noun) an area with seats around it where public entertainments
  2. (noun) an area of activity that concerns the public

--------------------------------------------

Seringkali, kita mendengar definisi arena di kalangan ahli berkuda yakni sebagai tempat untuk menunggang kuda. Namun, detail bagi definisi arena adalah satu ruang yang digunakan untuk menunggang kuda, biasanya berbentuk segi empat dan dipagar pada setiap sisinya. Pagar ini pula tidak semestinya dengan binaan, pokok-pokok yang tersusun juga boleh dikira sebagai pagar yang memagari arena.

Arena adalah salah satu fasiliti yang terdapat di pusat berkuda dan arena ini boleh dibina secara berbumbung (indoor) ataupun tidak berbumbung (outdoor). Tiada syarat khusus bagi saiz arena, saiznya bergantung kepda pelan yang dibina oleh pemilik pusat berkuda. Saiz arena yang biasa digunakan untuk tujuan peribadi adalah 20 meter lebar dan 40 meter panjang. 

Perlu kita fahami kegunaan arena yang utama adalah sebagai tempat untuk kita menunggang kuda, maka semakin besar saiz arena ini semakin banyak aktiviti yang boleh kita lakukan sewaktu menunggang. Walaupun memiliki maksud yang sama, perkataan arena ini cendurung digunakan golongan dressage dan ring akan digunakan oleh golongan show jumping.

Tambahan: pandangan yang keras mengatakan arena yang berumput tidak layan dipanggil arena

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata