Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #14

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #14

from Dictionary :

  1. (noun) a small field where horses are kept

------------------------------------------------------------------------

Dalam dunia agrikultur, paddock merujuk kepada padang kecil yang berpagar untuk menyimpan binatang ternakan atau kuda. Di sesetengah negara, istilah paddock ini kurang popular kerana diganti dengan istilah yang serupa maksudnya iaitu 'pens'.

Melihat kepada budaya dan keaadaan di Malaysia, istilah paddock yang dinyatakan di atas sudah memadai kerana kuda akan dibiarkan di paddock untuk meragut rumput sambil kerja-kerja lain boleh dilakukan di dalam stable. Oleh itu, paddock ini juga boleh dinisbahkan sebagai padang ragut bagi kuda jika di Malaysia.

Adapun paddock ini mempunyai tujuan yang lain seperti tempat melepaskan kuda berlari, tempat pemulihan kuda yang cedera dan tempat kuda mengambil suasana persekitaran luar. Setiap satu dari tujuan ini dispesifikasikan dengan istilah-istilah lain pula seperti turnout paddock, rearing paddock dan hay paddock. Pasture juga adalah istilah yang membawa maksud kawasan meragut.

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata