Salam Nuzul Al-Quran 1445H

Salam Nuzul Al-Quran 1445H

Selamat Bercuti dan Salam Nuzul Al-Quran diucapkan kepada seluruh warga ekuin tanah air, semoga semuanya dalam keaadaan sihat dan kuat untuk meneruskan ibadah dalam baki-baki Ramadhan yang ada. 

Malam 17 Ramadhan menjadi saksi peristiwa agung umat islam yang berlaku di Gua Hira' yang disebut sebagai Nuzul Al-Quran. Nabi kita yang mulia, Nabi Muhammad SAW yang ketika itu berumur 41 tahun telah menerima mukjizat terbesar baginda yakni Al-Quran melalui perantaraan malaikat Jibril. Malam ini juga disebut sebagai Malam Al-Qadar. 

Al-Quran diturunkan oleh Allah dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus (30 juzuk) dan kemudiannya secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi SAW. Wahyu pertama yang disampaikan adalah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq yang menyeru umat islam untuk menjadi umat yang membaca.

Selaras dengan itu, admin mengajak semua komuniti berkuda untuk mengambil manfaat sebanyak-banyaknya melalui portal website myekuin yang dibangunkan atas paksi IQRA dan bertujuan melahirkan masyarakat berkuda yang berilmu dan berpengetahuan.

Sebagai salah satu usaha di bulan ramadhan ini, program 1 Hari 1 Kata dilancarkan bagi memberi pencerahan berkaitan istilah-istilah berkuda yang digunakan dalam masyarakat. 30 istilah telah dipilih untuk difahami bersama setiap hari dan kuiz peraduan menanti pembaca selepas selesai 30 ramadhan. Hadiah, esijil dan duit raya akan diberikan sebagai penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam menyemarakkan budaya IQRA ini. 

Tekan link ini untuk maklumat lanjut Program 1 Hari 1 Kata

Fakta Kuda dalam Al-Quran :

  1. Perkataan 'kuda' disebut sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran
  2. Tujuh surah yang berkaitan dengan kuda adalah : Surah Al-Imran , Surah Al-Anfal, Surah Al-Nahl, Surah Al-Isra', Surah Sad, Surah Al-Hashr dan Surah Al-Adiyat
  3. Allah bersumpah dengan kuda perang yang berlari dengan nafas kencang 

Wallahu A’alam.