"Thank You Helmet"

"Thank You Helmet"

"Thank you helmet"

Itulah kredit yang diberikan Grace Walker Raper selepas dia ditindih kuda geldingnya yang berumur 9 tahun, Alvaro De Reve. Kejadian itu berlaku apabila Grace dan kudanya cuba untuk mendarat daripada lompatan 1.25m berhalangan air di Derby pada 23 Jun 2019. Grace yang kurang stabil ketika mendarat menyebabkan dia terjatuh di hadapan kudanya lalu ditindih tanpa sengaja.

Secara umumnya, Grace akan mengalami kecederaan yang serius tetapi sebaliknya yang berlaku. Grace tidak mengalami kecederaan yang parah malah tulang hidungnya juga tidak patah. Doktor yang merawatnya juga tidak percaya yang dia tidak mengalami kecederaan serius selepas apa yang berlaku. Helmetnya yang menjadi pelindung Grace daripada kecederaannya.

Kemalangan yang ditimpa mengingatkan Grace bahawa pentingnya memakai helmet dan mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Ketika kejadian itu berlaku, Grace memakai helmet 'Charles Owen' dan helmet tersebut masih boleh digunakan.