Kuda Tentera Terlepas, Berlari Di Tengah Bandar London

Kuda Tentera Terlepas, Berlari Di Tengah Bandar London
Vida (kelabu) & Trojan (hitam) berlari melalui jalan-jalan di London berhampiran Aldwych . Gambar: PA
Kuda Tentera Terlepas, Berlari Di Tengah Bandar London
Kuda Tentera Terlepas, Berlari Di Tengah Bandar London
Kuda Tentera Terlepas, Berlari Di Tengah Bandar London

London - Dua ekor kuda tentera melarikan diri sejauh beberapa kilometer di tengah-tengah kota London berhampiran Istana Buckingham pada rabu lepas (24/4/2024). 

Kuda-kuda ini antara sekumpulan empat ekor kuda yang terkejut dengan pembina binaan yang menjatuhkan runtuhan dari aras tinggi sewaktu sesi "latihan rutin" mereka di kota London. Kuda ke lima turut cuba untuk melenting dan melepaskan diri tetapi berjaya dikawal dengan baik oleh penunggang nya. 

Kejadian ini telah menghuru harakan kota London pada pagi itu dan melibatkan kecederaan tiga anggota tentera dan satu orang awam, salah satu daripada anggota tentera tersebut dalam keaadaan serius dan terpaksa menjalani pembedahan. 

Dua dari kuda (Quaker & Tennyson) yang terlepas ini telah memecahkan cermin sisi teksi dan cermin hadapan bas yang dirempuhnya sebelum berhenti berlari. Manakala, dua ekor lagi (Vida & Trojan) terus berlari sebelum ditangkap di Limehouse kira-kira 8 km dari tempat kejadian pertama terjadi. 

Situasi terkini memaklumkan bahawa dua kuda yang cedera telah selamat dibedah dan masing-masing sedang dirawat di Hospital Ekuin dan Berek Kuda Polis. 

Jurucakap tentera juga memaklumkan, kelima-lima kuda sedang dijaga dengan rapi, sambil menambah tiga daripadanya tidak memerlukan pembedahan dan akan kembali bertugas dalam masa terdekat. 

Dua tentera yang tercampak dari kuda masih kekal di rawat di hospital, manakala seorang lagi telah dibenarkan keluar.

Menteri Pertahanan, James Cartlidge menyifatkan insiden ini adalah kejadian luar biasa yang tidak diingini sekalipun dilihat dramatik oleh masyarakat awam. Apa yang lebih penting bagi beliau adalah semuanya berada dalam keaadaan baik dan tidak meragut nyawa manusia mahupun kuda. 

Pegawai Pemerintah Rejimen Berkuda, Leftenan Kolonel Matt Woodward juga ada memaklumkan bahawa unitnya melatih kira-kira 150 ekor kuda di jalan raya dan di taman setiap pagi, salah satunya adalah untuk membiasakan dan menghilangkan kepekaan kuda-kuda ini terhadap bunyi dan suasana bandar. Namun, kejadian seperti ini tidak dapat dieelakkan dan unitnya akan berusaha lebih untuk meminimumkan risiko kejadian ini berulang.