Horse Coat Color
Setiap kuda memilik warna yang tersendiri. Warna bagi seekor kuda ini berkait rapat dengan bakanya (breed). Lazimnya kuda yang lahir akan mewarisi warna ayah atau ibu nya.
Penentuan warna bagi seekor kuda bergantung pada warna di beberapa anggota kuda iaitu badan (body), rambut dan ekor (mane & tail), muka (face) dan kaki (leg).
Dua warna asas (base color) bagi seekor kuda ialah chestnut dan hitam. Warna-warna kuda boleh dikelaskan dengan mudah kepada chestnut, bay, black, grey, palomino, dun, roan, appalosa, skewbald, piebald dan leopard (boleh rujuk gambar dibawah).
Adapun setiap dari warna-warna ini boleh dibahagikan atau diperincikan lagi bagi memberi warna yang hampir tepat pada seekor kuda.
Menentukan warna bagi seekor kuda adalah satu proses yang menarik tetapi sukar. Mereka yang mahir juga sering tidak sependapat dalam menentukan warna seekor kuda kerana warna yang dilihat mungkin sedikit berbeza dari pandangan seseorang.
Warna Putih (white) adalah antara warna yang asing (rare) bagi seekor kuda. Biasanya kuda yang dilihat seakan putih sebenarnya berwarna kelabu (grey) bukan putih.













