SOALAN LAZIM PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU BERKAITAN SUKAN MULAI TAHUN TAKSIRAN 2024

SOALAN LAZIM PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU BERKAITAN SUKAN MULAI TAHUN TAKSIRAN 2024

SOALAN LAZIM

PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU BERKAITAN SUKAN MULAI TAHUN TAKSIRAN 2024

1. Berapakah jumlah pelepasan cukai yang layak dipohon?

Jumlah pelepasan cukai bagi pembelian peralatan dan aktiviti sukan untuk setiap individu adalah terhad sehingga RM1,000.

2. Apakah jenis pelepasan cukai individu berkaitan perbelanjaan sukan yang layak dituntut?

Peralatan dan aktiviti sukan untuk kegunaan/manfaat diri sendiri, suami/ isteri atau anak bagi perbelanjaan seperti berikut:

  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut jenis sukan yang
    disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] (tidak termasuk
    basikal dua roda bermotor);
  • Bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan;
  • Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai apa-apa pertandingan sukan; dan
  • Yuran keahlian gimnasium atau latihan sukan

3. Apakah kriteria fi pendaftaran bagi penyertaan pertandingan sukan yang layak mendapat pelepasan cukai?

Syarat dan kriteria bagi penyertaan pertandingan sukan yang layak adalah seperti berikut:

4. Apakah kriteria latihan sukan yang layak mendapat pelepasan cukai?

Syarat dan kriteria bagi latihan sukan yang layak adalah seperti berikut:

  • Latihan secara one-off atau bersiri yang diadakan secara berstruktur seperti kelas/ klinik/ kursus/ bengkel dan sebagainya;
  • Jenis sukan adalah seperti yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama,
    Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta576]
  • Penyedia latihan mestilahpersatuan/kelab sukan/syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016; dan
  • Perbelanjaan bagi yuran latihan sukandibuktikan dengan resit pembayaran termasuk resit yang dijana secara dalam talian (bank-in slip dan penyata akaun bank tidak boleh digunakan sebagai bukti/resit pembayaran).

5. Adakah latihan sukan yang dijalankan oleh jurulatih bebas (freelance) layak mendapat pelepasan cukai?

Tidak layak. Jurulatih mestilah bernaung di bawah persatuan/ kelab sukan/ syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 

6. Saya membayar yuran latihan kelas senamrobik bagi isteri saya yang dijalankan pada setiap minggu. Adakah saya layak mendapat pelepasan cukai ini?

Ya, suami layak mendapat pelepasan cukai ke atas perbelanjaan yang dilakukan bagi yuran kelas senamrobik yang disertai isterinya. Walau bagaimanapun, pelepasan cukai ini layak dituntut oleh salah seorang sahaja sama ada suami atau isteri, dibuktikan dengan resit pembayaran dan mematuhi syarat-syarat di Soalan 4.

7. Sekiranya saya ingin mendaftar anak saya ke sesi latihan sukan pada setiap
minggu, bagaimanakah saya dapat mengetahui kelas yang dianjurkan itu mendapat pelepasan cukai?

Syarat utama sesuatu latihan sukan itu layak diberikan pelepasan cukai adalah:

  • Latihan sukan yang dianjurkan adalah seperti mana senarai sukan di bawah  Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]
  • Latihan sukan dianjurkan oleh persatuan/ kelab sukan/ syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016; dan
  • Resit pembayaran dikeluarkan oleh persatuan/ kelab sukan/ syarikat yang
    berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta
    Syarikat 2016

Sebarang pertanyaan berkaitan, boleh hubungi:
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Kementerian Belia dan Sukan
Telefon: 03 8871 3372/3408/3348

Files