Legenda ekuin, Peter Ibrahim Abisheganaden meninggal dunia

Legenda ekuin, Peter Ibrahim Abisheganaden meninggal dunia
Gambar ihsan Facebook Equestrian Eam

Kuala Lumpur - Dunia ekuestrian tanah air dikejutkan dengan berita kematian Peter Ibrahim Abisheganaden atau lebih dikenali sebagai Peter. Berita ini disampaikan melalui Facebook Equestrian Eam pada 8 Februari 2024 sekitar jam 10 malam semalam. 

Pemergiannya ini turut dirasai oleh warga ekuin dalam dan luar negara kerana Peter merupakan Duta Federation of International Polo (FIP). Di Malaysia, Peter merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Jurulatih Akademi Polo Kuala Lumpur yang beroperasi di Royal Selangor Polo Club, Ampang. 

Walaupun Peter lebih dikenali dalam sukan Polo, tetapi beliau juga berpengalaman dalam sukan ekuestrian yang lain seperti Dressage, Show Jumping, Racing dan Tent-Pegging. Di samping menjadi atlit dalam sukan-sukan di atas, Peter juga turut mencorak kariernya dalam bidang kejurulatihan dan keusahawanan ekuin.
Sikapnya yang ghairah dalam meningkatkan potensi diri dan berani mencuba sesuatu yang baru telah menyebabkan peribadinya disegani dalam kalangan warga ekuin tanah air. Sikap ini juga telah menjadikan dirinya salah seorang lagenda ekuin yang sukar dicari ganti. 

Antara pengalaman dan sumbangan yang pernah dilalui Peter Ibrahim Abisheganaden adalah :

  • Pengurus  Zack’s Tack (Kedai menjual makanan, peralatan dan kerperluan aktiviti berkuda)
  • FEI International Course Designer (Level 3)
  • EA/MEM Level 1 General Coach
  • Skills Specific Trainer & Assessor (SSTA) daripada Equestrian Australia
  • Setiusaha Eksekutif  Royal Malaysian Polo Association
  • Penyelarasa Liga Polo Royal Malaysian Polo Association (2015-2018)
  • Penganjur FIP World Cup Zone D Play-offs 2011
  • Pengarah Kejohanan FIP World Cup Zone D Play-offs di China pada 2014
  • Pengarah Kejohanan FIP World Cup Zone D Play-offs di Thailand pada 2017
  • Pengarah Kejohanan FIP Snow Polo World Cup (2012-2017)
  • Pengarah Kejohanan FIP Super Nations Cup (2012-2014)
  • Pemecah rekod selaku orang pertama yang pernah menyertai acara FIP World Cup dalam Show Jumping dan Polo pada musim yang sama.
  • Peserta Show Jumping di peringkat World Cup selama 6 tahun
  • Pengasas Liga South East Asian World Cup Jumping
  • Pemenang 3 pingat emas SEA Games dalam 3 disiplin ekuestrian berbeza
  • Peserta SEA Games dalam 3 disiplin ekuestrian berbeza sebanyak 4 kali 
  • Peserta Show Jumping di Asian Game sebanyak 2 kali
  • Juara dalam beberapa pertandingan Racing, Polo dan juga Tent-pengging
  • Pernah menjadi penulis akbar New Straits Times Malaysia

Selamat berehat Peter, namamu akan terus harum dalam tinta sejarah.