Part Of Horse (i)

Part Of Horse (i)
Pada posting kali ini, kita akan membincangkan bahagian-bahagian kuda supaya kita lebih mencintai kuda seperti kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Setiap daripada bahagian-bahagian ini mempunyai namanya yang tersendiri yang telah diguna pakai secara meluas dalam industri kuda dunia. Mengetahui dan menghafal nama-nama bahagian ini sangat penting sekiranya kita ingin menjelaskan sesuatu kondisi kuda dengan lebih jelas kepada orang lain terutama veterina. Perbincangan bersama mereka yang ahli dalam bidang kuda juga mungkin sukar untuk kita fahami sekiranya tidak terbiasa dengan nama-nama ini.
.
Walaubagaimanapun, bahagian kuda (part of horse) ini tidaklah serumit anatomi kuda (mudahnya bahagian dalaman kuda) kerana kita masih mampu melihat dan merasa setiap daripada bahagian ini secara fizikal. Bahagian kuda ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu forehand (bahagian hadapan), Barrel (bahagian tengah) dan Hindquater (bahagian belakang). Bahagian lutut (knee or carpus of knee) ke bawah pula di gelar sebagai 'Manus' atau tangan (hand). Kaki (foot) atau di nama lainnya 'Pes' pula bermula dari hock (mudahnya seperti lutut di bahagian kaki belakang) dan ke bawah.
.
Dalam kita menggunakan alatan-alatan kuda, ada beberapa bahagian yang perlu kita ketahui bagi memastikan peralatan (gear) kita berada pada posisi dan kedudukan yang betul.
.
Saddle & Girth - Back, Withers, Shoulder, Barrel, Girth
Briddle & Bit - Jaw or Jowl, Cheeck, Forelock, Forehead, Poll, Ears, Throat Latch, Lip
Boots & Bandage - Fetlock or Ankle, Pastern, Coronet, Cannon
Breast plate - Chest or Breast, Neck
Spur - Belly
Whip - Hip, Neck
.
Bahagian-bahagian kuda ini adalah asas bagi menerangkan dengan lebih teliti perakra-perkara lain yang bersangkutan dengan kuda. Penggunaan istilah bahasa melayu bukanlah tidak baik tetapi istilahnya sangat terbatas dan tidak mampu untuk merangkumi semua bahagian kuda sebagai contoh cannon, girth dan coronet jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu akan membawa maksud yang lain. Sekiranya ada yang menjumpai atau mengetahui istilah-istilah ini dalam bahasa melayu atau arab bolehlah kongsi bersama pada ruangan komen di bawah.
.
Label di dalam gambar mungkin mengelirukan kerana setiap dari bahagian ini sebenarnya bercantum antara satu sama lain. Boleh rujuk mereka yang mahir untuk menunjukkan secara 'live' bahagian-bahagian ini kepada anda.