Qabil Ambak hadiahkan gangsa untuk negara di Sukan Asia 2018

Qabil Ambak hadiahkan gangsa untuk negara di Sukan Asia 2018

Tahniah Qabil Ambak !!!

Kami seluruh warga ekuin di Malaysia berasa berbangga atas kejayaan ini. Bertandang selaku wakil tunggal bagi Malaysia, Qabil Ambak dan pasanganya Rosenstolz (kuda) tidak mengecewakan rakyat Malaysia dengan membawa pulang pingat Perak dalam acara Dressage (Individual).



Menduduki tempat pertama dalam dua kelayakan Dressage (Individu), peluang kurang menyebelahi beliau di final apabila beliau ketinggalan hanya 0.4 mata dibelakang pemenang pingat emas bagi acara itu. Apapun kami yakibn, kedua-dua atlet ini (Qabil dan Rosenstolz) telah melakukan aksinya yang terbaik.

8 tahun tidak beraksi pada temasya sukan asia Qabil Ambak turun pada kali ini memperbaiki rekod beliau di Guangzhou 2010 iaitu dua pingat gangsa,

"Nampaknya pingat emas belum lagi berkesampaian, oleh kerana untuk pertandingan hari ini banyak teknikal dan artistik markahnya lebih subjektif. Walaupun berbeza 0.4 markah dari pemenang tapi saya terima keputusan ini"

Kita sama-sama doakan team show jumping kita dapat melakukan yang terbaik sekaligus meraih emas untuk malaysia.