Bersunnah biar sebaiknya

Bersunnah biar sebaiknya

Seringkali kita terlalu ghairah mengejar akan sunnah-sunnah yang besar sedangkan kita lupa untuk menjaga kebajikan haiwan kesayangan kita. Perlu diingat, dalam melakukan apa jua perkara berkaitan kuda, kebajikan kuda itu berada pada ranking pertama. Sekiranya kuda kita sihat dan fit, kita juga akan mendapat manfaat yang lebih daripadanya.

Admin terkesan dengan kata-kata seorang sahabat ketika bertemu dengannya. Ayatnya cukup kasar tapi melunakkan hati kita yang keras. 

"Yang Sunnah JANGAN diPUNAHKAN..Yang Punah JANGAN di SUNNAHKAN" 

Ketahuilah sahabat, kuda tidak mampu bersuara dan meluahkan perasaannya, jika mereka bersuara apakah mereka memuji atau mencela kita.  Maka berilah yang terbaik kepada kuda anda agar mereka bahagia dijaga oleh kita.

Bersama kita berilmu untuk memastikan kebajikan kuda terbela.