Horse Bedding

Horse Bedding

Setiap stable tidak akan lari dari pengurusan bedding bagi kuda. Bedding boleh difahami sebagai satu lapisan yang diletakkan di dalam kandang. Bedding ini bertujuan untuk menyerap air kencing kuda (urine) dan memastikan stable sentiasa dalam keaadan yang kering. Bagi sesetengah kuda yang sensitif, bedding ini juga bertujuan untuk memberi keselesaan kepada kuda untuk berbaring dan berehat di dalam kandang.

Horse bedding ini terdiri daripada pelbagai jenis material dan setiap satu darinya memiliki kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Manager stable perlulah membuat pemilihan yang bijak sebelum memutuskan bedding yang sesuai digunakan bagi stable mereka. Di Malaysia, tiga jenis bedding yang biasanya digunakan iaitu habuk kayu (saw dust), pasir (sand) dan juga sekam padi (rice hull). Selain dari itu, kertas hancur (shredded paper), jerami (straw) dan tikar getah (rubber mat) juga boleh digunakan sebagai bedding.

Bagi memberi keselesaan kepada kuda, bedding ini perlulah diselenggara sekurang-kurangnya dua kali sekali. Penyelenggaraan ini termasuklah membuang najis kuda, menggembur bedding lama dan menukar bedding yang basah. Bedding yang telah basah mesti ditukar manakala bedding yang kering masih boleh digunakan semula. Kuda akan mudah terdedah kepada penyakit sekiranya tinggal di dalam stable yang lembab dan basah.

Bedding yang berkualiti boleh memberi impak yang besar kepada kuda dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Beberapa kriteria perlu dikenal pasti sebelum memilih bedding yang sesuai buat stable anda, antaranya:
1. Keselamatan kuda - Bedding mestilah bukan dari benda-benda yang tajam
2. Mudah diperolehi - Sekiranya habis, anda boleh mendapatkannya dengan mudah
3. Menyerap Air - Ciri terpenting dalam pemilihan bedding
4. Kurang habuk - Bedding yang berhabuk boleh mengganggu penafasan kuda
5. Mudah disimpan - Fikirkan tempat penyimpanan bedding anda dan pastikan bedding tersebut sesuai dengan tempat penyimpanannya
6. Mudah dikendalikan - Mudah diangkat dan dialih ketika proses penukaran bedding yang baru
7. Kos yang efektif - Pilih bedding yang baik tetapi mengikut kemampuan kewangan anda

Ramai sebenarnya yang sambil lewa tentang bedding ini tetapi mereka lupa kesihatan kuda mereka akan terjejas dengan sikap mereka. Bersama kita memperbaiki diri untuk memastikan taraf ekuin yang lebih baik.