Taklimat Sijil Kemahiran Malaysia Kaedah PPT

Taklimat Sijil Kemahiran Malaysia Kaedah PPT
Peserta Taklimat Sijil Kemahiran Malaysia Kaedah PPT bergambar bersama penganjur - Foto media sosial

SERDANG -  Seramai 23 orang peserta dari pelbagai negeri telah menghadiri taklimat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kaedah PPT dalam bidang kuda yang pertama kali dianjurkan di Malaysia. 

Taklimat ini dianjurkan secara percuma oleh sebuah syarikat swasta iaitu SSC Resources Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Ekuin Malaysia (MEM) selaku badan peneraju industri (ILB) yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Taklimat ini telah dilangsungkan di ibu pejabat MEM yang bertempat di MAEPS, Serdang pagi tadi. 

Matlamat taklimat ini adalah untuk memberi kefahaman kepada warga ekuin berkaitan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) yang telah diwujudkan sekaligus menerangkan kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ke arah memperoleh SKM Tahap 3 khususnya dalam bidang Horse Care (HT-300-3:2012).

Rata-rata peserta memberi maklumbalas positif berkaitan penganjuran ini dan berharap kefahaman berkaitan SKM ini akan memberi lebih banyak manfaat kepada warga ekuin tanah air. 

Majulah sukan untuk negara