KUDA DAN TIDUR

Secara habitatnya kuda sangat kurang tidur bagi menjamin keselamatan dirinya daripada sebarang ancaman. Kuda memiliki 3 gaya tidur yang berbeza dan setiap posisi iniakan memberikan tahap tidur yang berbeza buat kuda.

KUDA DAN TIDUR
Kuda Dan Tidur

KUDA DAN TIDUR
.
Secara habitatnya kuda sangat kurang tidur bagi menjamin keselamatan dirinya daripada sebarang ancaman. Kuda memiliki 3 gaya tidur yang berbeza dan setiap posisi iniakan memberikan tahap tidur yang berbeza buat kuda. 
.
1. BERDIRI : Posisi ini adalah posisi tido terbaik bagi haiwan mangsa kerana memudahkan mereka untuk terjaga dan berlari sekiranya diancam. Namun tidur dalam posisi ini hanya memberikan tahap tidur yang paling ringan buat kuda atau bahasa mudahnya sekadar tidur-tidur ayam. 
.
2. SEPARA TELENTANG : Posisi ini lebih mudah difahami dengan istilah kuda duduk dimana kaki kuda akan berada di bawah perutnya atau disamping. Posisi ini memberikan tidur yang lebih baik berbanding kuda berdiri dan kuda masih boleh bertindak pantas sekiranya diancam kerana kakinya memudahkannya untuk bagun. 

3. TELENTANG : Dalam posisi ini, kuda akan membaringkan keseluruhan sisi badannya ke tanah. Hanya dalam posisi ini kuda mendapat tidur yang sempurna atau dipanggil tahap tidur REM. Oleh sebab tubuh badan kuda yang berat dan besar, kuda hanya mampu tidur dalam posisi ini selama 45 minit jika tidak mungkin akan memberi risiko kepada organ dalamannya. 
.
p/s: Persoalan seterusnya, kuda memerlukan berapa lama tido dalam masa sehari? Kongsikan jawapan anda di ruangan komen di bawah