Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #22

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #22

from Dictionary :

          Tiada istilah ini dicatatkan di dalam kamus

-------------------------------

Lawan bagi perkataan near side yang dibincangkan semalam bukanlah far side tetapi dipanggil off side.

Maka, off side bermaksud sisi kanan kuda yakni jika anda dan kuda berada pada posisi menghadap ke hadapan. Sesetengah kuda tidak biasa dikendalikan dari arah off side namun itu bukanlah larangan ke atasnya. Walaupun kebanyakkan kuda terbiasa diurus dari near side, adalah lebih baik untuk membiasakan kuda anda dikendalikan juga dari off side.

Ada juga yang memanggil off side ini sebagai indian side kerana golongan Red Indian akan naik dan turun dari kudanya dari sisi kanan. 

Tambahan: jika anda ingin menaiki kuda melalui off side, pastikan anda memiliki ilmu terhadapnya dan faktor keselamatan itu lebih diutamakan

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata