Malang tidak berbau

Kuda bukanlah haiwan pemangsa yang gemar menyerang mangsanya. Sebaliknya, kuda adalah haiwan yang sering menjadi mangsa dan buruan oleh haiwan lain. Oleh kerana sifat itu, kuda sangat berhati-hati dan prihatin dengan setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya. Persiapkan diri dan sentiasa jaga keselamatan anda ketika berinteraksi dengan kuda
.
Mungkin ramai yang telah menonton video ini, cuma admin ingin ketengahkan beberapa perkara dalam video ini supaya menjadi pengajaran buat kita. Kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam video ini sekaligus telah memberi perspektif buruk pada masyarakat kita tentang kuda.
.
Antara perkara yang perlu diperbaiki dalam video ini.
1. Kuda tidak berada pada keaadaan rela untuk ditunggang.
2. Orang yang membantu rider untuk naik ke atas kuda seharusnya memegang lead rope dengan lebih kemas dan berdiri di sebelah kuda bukan di hadapan.
3. Rider sepatutnya naik ke atas kuda dengan menggunakan mounting block.
4. Rider tidak menggunakan helmet sebagai salah satu langkah keselamatan.
.
Peringatan !! Kuda bukan haiwan yang suka menendang tanpa sebab. Semoga info yang dikongsi mendapat manfaat dan disebarkan kepada umum.