Thank You Helmet !

Thank You Helmet !

"Thank you helmet"
.
Itulah kredit yang diberikan Grace Walker Raper selepas dia ditindih kuda geldingnya, Alvaro De Reve. Kejadian itu berlaku apabila Grace dan kudanya cuba untuk mendarat daripada lompatan 1.25m berhalangan air di Derby. Grace yang kurang stabil ketika mendarat menyebabkan dia terjatuh di hadapan kudanya lalu ditindih tanpa sengaja.

.
Secara umumnya, Grace akan mengalami kecederaan yang serius tetapi sebaliknya yang berlaku. Grace tidak cedera parah malah tulang hidungnya juga tidak patah. Doktor yang merawatnya juga tidak percaya yang dia tidak mengalami kecederaan serius selepas apa yang berlaku. Helmetnya yang menjadi pelindung kepada kecederaannya.
.
Kemalangan yang ditimpa mengingatkan Grace bahawa pentingnya memakai helmet dan mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Ketika itu, Grace memakai helmet 'Charles Owen' dan helmet tersebut masih boleh digunakan.
.
Semoga kita semuda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Jangan pernah kita abaikan keselamatan kerana itu adalah asas yang utama