Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #03

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #03

from  Dictionary:-

  1. (noun) a natural environment that is controlled by people
  2. (noun) places that are far away from towns, where few people live
  3. (adj) living or growing in natural conditions, not looked after by people 
  4. (adj) without control or discipline slightly crazy
  5. (adj) in its natural state; not changed by people
  6. (adj) not carefully planned;not sensible or accurate
  7. (adj) with strong winds or strorm

---------------------------------------------------------------------

Perkataan wild memberi banyak maksud jika dirujuk di dalam kamus, namun maksud yang boleh dikaitkan dalam dunia kuda ada dua iaitu liar dan ganas. 

Walaupun wild itu bermaksud kuda ganas, rata-rata ahli berkuda tidak bersetuju ganas itu wujud dalam diri kuda. Kuda bukan haiwan yang menyerang sebaliknya haiwan yang diserang. Kuda-kuda yang terlihat ganas ini lebih sesuai dipanggil 'aggresif' bagi ahli berkuda dan tiada istilah kuda ganas bagi mereka. 

Satu lagi maksud wild adalah liar yakni kuda liar. Dalam dunia kuda, maksud kuda liar adalah kuda yang tidak pernah di domestikkan, atau dalam bahasa lain kuda yang tidak pernah dikendalikan manusia. Namun, persoalan tentang kuda liar ini masih wujud atau tidak merupakan perbincangan yang panjang dan masih sering dibahas sehingga kini. Hal ini kerana ada istilah lain yang perlu difahami terlebih dahulu bagi memberi kefahaman tentang tajuk ini. 

Tambahan: antara baka kuda liar adalah baka Przewalski (Takhi)

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata