Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #02

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #02

from  Dictionary:-

  1. (noun) a man whose jobis to look after cows (usally on horse) in certain part of US
  2. (noun) a person in business who is not honest or who does work badly

--------------------------------------------------------------------------

Jika anda juga peminat lembu, pasti anda mengetahui asal usul bagi perkataan cowboy ini dinisbahkan kepada mereka yang menjaga kawanan lembu atau binatang ternak dengan menggunakan kuda sebagai pengangkutan utama mereka. Mereka ini mahir menunggang kuda dan mahir menggunakan tali untuk menangkap binatang ternakan liar. Mereka juga lazimya mempunyai dan mampu mengendalikan pistol bagi tujuan melindungi haiwan ternakan jika diancam musuh. 

Seiring peredaran zaman, watak cowboy ini mula dipaparkan sebgai mereka yang sering berbalas tembakan sambil menunggang kuda di dalam filem-filem barat. 

Kini, istilah cowboy ini lebih sesuai ditafsirkan sebagai mereka yang menjalani kehidupan gaya barat dan terlibat dengan ladang atau ternakan. Pakaian yang lazim bagi cowboy  adalah Topi Stetson, baju kemeja yang dimaukkan ke dalam jeans, tali pinggang kulit dengan kancing yang besar dan berkasut kulit). Dalam industi kuda, ada beberapa sukan atau permainan yang biasa dimainkan oleh cowboy ini antaranya reining, barrel race, rodeo, liberty show dan lain-lain. 

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata