Liberty - Sebuah Kepercayaan Dari Sang Kuda

Liberty - Sebuah Kepercayaan Dari Sang Kuda

Kita mungkin pernah melihat pertunjukkan kuda yang melakukan pelbagai aksi seperti berlari, berhenti berdiri (rearing), duduk apabila disuruh oleh manusia. Lebih menariknya kuda-kuda ini tidak dipakaikan dengan sebarang peralatan asing tetapi mampu untuk melakukan gerakan-gerakan yang sukar. Sebenarnya apa yang kita saksikan tersebut adalah pertunjukan 'liberty'

Apa itu liberty?

Liberty adalah salah satu latihan buat kuda yang boleh kita pelajari dan amalkan. Liberty membawa maksud kebebasan yakni latihan yang memberikan kebebasan kepada kuda untuk melakukan apa yang diingini tanpa batasan atau paksaan daripada sesiapa. Bila anda melakukan liberty, ini bermakna kuda tersebut tidak diikat sama sekali dengan tali atau rein yang menyebabkan kuda bebas bergerak sesuka hatinya. 

Jurulatih kuda liberty biasanya mampu meminta kuda mereka untuk berhenti (stop), tunduk (bowing), berdiri (rearing) dan lain-lain dengan hanya menggunakan suara (vocal), isyarat tangan ataupun whip di tangan. Ada juga jurulatih yang memfokuskan liberty pada pergerakan kuda secara mengiring (lateral work) dan sebahagian lain pula mampu menunggang kuda tanpa sebarang peralatan (bareback and bitless riding). 

Kebaikan liberty?

Ramai diantara pengamal liberty memaklukan kuda-kuda mereka lebih responsif dan mudah terhubung dengan mereka jika ditunggang dengan saddle kesan daripada latihan liberty yang diamalkan. Selain itu, liberty ini diyakini dapat meningkatkan lagi keupayaah horsemanship dalam diri individu di samping menambah kepercayaan dan rasa hormat di antara pengamal dan juga kuda. 

Di sisi lain pula, ramai pelatih liberty mengakui proses mengajar dan mencabar diri dalam melatih kuda tanpa sebarang peralatan boleh menjadi terapi yang menggembirakan mereka setiap hari. 

Liberty di Malaysia?

Tidak dapat dikenal pasti bila aktiviti liberty ini masuk ke dalam Malaysia secara tepat, namun Malaysia tidak terkecuali melahirkan beberapa individu yang boleh dikatakan berjaya dalam liberty ini. Antara yang aktif mempamerkan aktiviti liberty mereka kepada umum adalah Yasier Yahya dan Rohim. Bagi mereka yang ingin belajar dan cuba untuk mengamalkan liberty ini bolehlah merujuk dua nama di atas. 

Bukan itu sahaja, persembahan liberty telah pun beberapa kali di adakan di Malaysia oleh dua individu yang disebutkan di atas baik dalam majlis besar mahupun majlis kecil-kecilan. Mungkin mana-mana pihak penganjur boleh memanggil mereka selepas ini untuk mengembangkan lagi pengetahuan liberty kepada komuniti kuda Malaysia. 

Kesimpulan...

Liberty adalah cabang baru ekuin di Malaysia yang perlu kita semua terokai lebih dalam lagi kerana libery telah membuka mata dunia bahawa kuda juga boleh dinikmati dengan hanya kita melakukan aktiviti-aktiviti di bawah bersama (ground work) tanpa perlu kita memanjat di belakangnya untuk ditunggang. 

Admin menyakini kuda bukan sahaja untuk ditunggang, tetapi terdapat manfaat-manfaat lain yang boleh diambil melaluinya antaranya liberty. Bahkan melalui aktiviti libery ini akan wujud lebih ramai horseman di Malaysia sekaligus dapat melatih kuda-kuda menjadi lebih selamat untuk ditunggang. 

Liberty bukan soal komunikasi kita dengan kuda tetapi libery adalah sebuah kepercayaan dari sang kuda.