Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #25

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #25

from Dictionary :

  1. (adj) not able to walk properly because of an injury to the leg or foot
  2. (adj) not easily believed; weak

---------------------------------------------------------------

Perkataan lame ini adalah pecahan dari perkataan yang telah dibincangkan semalam iaitu unsound. Kuda yang unsound tidak semestinya lame tetapi kuda yang lame sudah pasti unsound. 

Lame atau lameness didefinisikan sebagai pergerakan yang tidak normal bagi seekor kuda atau lebih mudah difahami sebagai tempang. Lame ini dibahagikan kepada 5 tahap dan yang paling kritikal adalah ketika kuda tidak mampu untuk berdiri akibat sakit yang teramat sangat. 

Antara sebab-sebab terjadinya lame adalah trauma, jangkitan, gangguan metabolism, masalah sistem peredaraan dan lain-lain. Perlu difahami lame bukan penyakit tetapi signal atau tanda kepada kesakitan. 

Peringatan: menunggang kuda yang jelas lame adalah satu penganiayaan terhadap kuda

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata