Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #24

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #24

from Dictionary :

  1. (adj) based on wrong ideas and therefore not correct or sensible
  2. (adj) in poor condition; weak

---------------------------------------------------

Perkataan unsound ini adalah lawan bagi perkataan sound atau disebut sebagai sound horse. Jika digunakan sebagai kata nama perkataan ini disebut sebagai soundness atau unsoundness. Normal bagi kuda adalah sound, maka perkataan unsound yang jarang didengar akan dibincangkan pada hari ini. 

Istilah unsound bukan bermaksud kuda yang bisu, sebaliknya unsound merujuk kepada kuda yang mengalami kecacatan atau kecederaan yang menjejaskan perkhidmatannya sebagai kuda. Unsound ini boleh menjadi kekal dan ada pula sifatnya sementara dan boleh dirawat. 

Antara contoh bagi unsound adalah buta, laminitis, kaki yang bengkok (croocked leg) dan tulang belakang yang bertindan (kissing spine). Sesetengah kuda unsound sejak lahir namun kebanyakkan terjadi kerana penderaan (abuse), penggunaan berlebihan (over used) dan penjagaan yang kurang cermat. 

Peringatan: Kuda unsound yang bersifat sementera sebaiknya tidak ditunggang bagi mengelakkan tempoh pemuihan yang lebih panjang ke atas kuda

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata