Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

Heels down, Toes up, Shoulder back, Chin up, Eyes forward, Sit upright.

Masih terngiang-ngiang jeritan/laungan kata-kata di atas. Rasanya semua yang pernah belajar menunggang kuda pasti juga tidak terlepas pengalaman berharga ini.

Bagi menjadi seorang yang bagus terutama dalam menunggang kuda, bimbingan daripada seorang jurulatih (coach) adalah sangat penting. Banyak perkara yang tanpa sedar kita lakukan ketika berada di atas kuda. Oleh itu, coach inilah yang akan membantu kita membetulkan kesalahan kita ketika menunngang kuda. Jika kesalahan ini tidak dibetulkan dan kita berterusan menunggang tanpa mengawas jurulatih, dikhuatiri kita akan lebih mudah membentuk tabiat menunggang yang buruk (bad riding habit).

Pesanan lain sebagai seorang murid pula adalah guru itu selamanya akan menjadi guru dan tiada istilah 'bekas guru' dalam hidup kita kerana hubungan ilmu itu akan tetap terjalin sampai bila-bila. Sekali kita telah berguru, maka selamanya kita perlu untuk hormat dan mengakuinya sebagai guru kita. 

Hari ini hari guru, maka mari mari kita ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua jurulatih atau guru yang telah mendidik kita dengan ilmunya terutama dalam bidang ekuin. Semoga mereka semua terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik agar lebih ramai mendapat manfaat daripada ilmunya. 

Terima kasih cikgu !!
Terima kasih cikgu !!
Terima kasih cikgu !!

Oh iya, salah satu disiplin dalam kejurulatihan adalah sentiasa turun berkasut ketika megajar di dalam arena. Ini salah satu tips mencari jurulatih bagi anda yang baru dalam bidang ini. Jika ada kesempatan nanti kami kongsikan tip-tips memilih jurulatih yang sesuai dengan matlamat kita menunggang kuda.