Kesan berat badan rider kepada kuda

Kesan berat badan rider kepada kuda
Empat orang penunggang diletakkan di atas saddle yang sama saiz digunakan dalam kajian ini

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan berat badan penunggang ke atas kuda. Kajian ini diketuai oleh Dr Sue Dyson yang merupakan Pengarah Klinik Orthopaedics di Animal Health Trust’s Center for Equine Studies.

Empat penunggang yang mempunyai berat berbeza telah dipilih dalam kajian ini. Berat mereka adalah 60.8kg (S), 77.8kg (M), 91kg (L) dan 142.1kg (XL). Setiap penunggang dikehendaki menaiki 6 ekor kuda selama 30 dengan melaksanakan rutin dressage.

Ringkasan keputusan adalah seperti berikut:
1. Penunggang L & XL – Kesemua 13 ujian dihentikan, 12 ujian merekodkan kuda tempang dan baki 1 ujian mendapati kuda menunjukkan tanda-tanda kesakitan.
2. Penunggang M – Hanya 1 ujian daripada 13 ujian dihentikan akibat daripada kuda tempang.
3. Penunggang S – Kesemua 13 ujian berjaya ditamatkan

Pemeriksaan semula selepas kuda direhatkan selama 45 hingga 60 menghasilkan keputusan yang sama. Walaubagaimanapun, kuda yang tempang tadi kembali normal selepas kajian ini siap dijalankan. Ini menunjukkan, tempang yang disebabkan berat badan penunggang bersifat sementara.

Dr Dyson juga mengaku terdapat faktor lain yang tidak diambil kira dalam kajiannya. Kajian lanjut yang lebih panjang dan terperinci perlu dilakukan bagi memastikan semua faktor-faktor lain diambil kira.

Kesimpulannya (admin):

1. Setiap penunggang (lebih-lebih lagi yang berbadan berat) perlu memastikan kuda yang bakal ditunggang berada pada kecergasan yang sempurna dan mampu menampung berat badan penunggang.

2. Penggunaan pelana (saddle) yang tidak betul boleh memberi teknan beban yang lebih ke atas kuda.

3. Penunggang yang ringan juga boleh mengakibatkan kuda tempang sekiranya tidak pandai mengagihkan berat badannya di atas kuda.

4. Kajian ini tidak memberi maksud setiap kali penunggang berat menunggang, kuda akan mengalami tempang. Sebaliknya, ianya bergantung juga kepada aktiviti yang dilakukan bersama kuda tersebut (walk, trot, canter, jumping, dressage, hacking)