The Man From Snowy River (1982)

Horse Movie Session adalah siri ulasan sinopsis dan pengajaran filem-filem yang berkaitan kuda untuk tontonan umum

Filem yang akan direview pada kali ini adalah sebuah filem lagenda yang diterbitkan di Australia. Tajuk bagi filem ini diambil daripada sebuah puisi yang menjadi inspirasi kepada filem ini.

Filem ini tertumpu kepada kisah perjalanan hidup seorang anak muda (Jim Craig) bagi membuktikan dirinya seorang lelaki. Jim Craig terpaksa berdikari selepas peristiwa ayahnya (Henry) mati diserang kuda Brumbies (baka kuda). Jim Craig kemudiannya berkerja di ladang milik Harrison untuk meneruskan kelangsungan hidup. Di sinilah beliau berkenalan dengan seorang wanita yang sedang mencari identiti dirinya. Cabaran demi cabaran ditempuhi bagi membuktikan beliau seorang lelaki (man) bukan kanak-kanak (boy).

Satu mesej yang menarik dapat kita pelajari dari filem ini adalah tentang kehebatan dan semangat seorang pemuda. Walaupun ramai yang beranggapan kehebatan seseorang itu terletak pada pengalamannya, namun pemuda ini membuktikan semangat dan keyakinan anak muda juga tidak seharusnya dipandang rendah.

p/s: Jalan cerita filem ini sedikit perlahan dan scene menariknya hanya muncul di babak akhir filem. Bagi sesiapa ingin berkongsi link bagi versi penuh filem ini bolehlah letak di ruangan komen di bawah