A Sunday Horse (2016)

Horse Movie Session adalah siri ulasan sinopsis dan pengajaran filem-filem yang berkaitan kuda untuk tontonan umum

Admin yakin masih belum ramai yang menonton filem ini. Kali ini kita akan review satu filem berkaitan kuda yang dikeluarkan pada tahun 2016. Filem ini adalah inspirasi dari kisah hidup Debi Walden Connor, seorang rider dan trainer di Ocala, Florida.

Debi adalah seorang juara sebelum dia memilih untuk berkerja di ladang kuda sebagai stable girl atas beberapa faktor dalam hidupnya. Keputusannya itu telah merugikan bakat yang sedia ada dalam dirinya. Sehinggalah satu hari Debi diberi peluang untuk menunjukkan bakat sebenarnya di hadapan Jonathan Collier (seorang coach yang hebat). Dari situ bermulalah perjalanan hidupnya yang baru untuk menyempurnakan impiannya menjadi seorang rider olimpik. Debi menempuh semua cabaran-cabaran yang menghalangi impiannya dalam filem ini.

Filem ini menarik kerana latar belakang yang sangat dekat dengan golongan marhean. Konflik kewangan yang terjadi dalam hidup kita mungkin memadamkan bakat yang kita ada. Namun, filem ini mengajar kita untuk terus berusaha mencapai impian kerana setiap masalah datang bersamanya penyelesaian. Jika Debi tidak mengubah cara berfikirnya dan tidak berusaha, pasti peluang beliau untuk menjadi juara telah lama terpadam. Elemen lain yang menarik dalam filem ini adalah babak-babak Debi memilih dan melatih kuda-kudanya. Kepercayaan sahaja tidak cukup untuk menjadikan kuda itu hebat sebaliknya mestilah dilengkapkan dengan latihan oleh mereka yang mahir. Konflik keluarga dalam filem ini pula diselesaikan apabila bapa Debi mula membuka hatinya untuk memahami industri kuda. Kita dapat lihat dengan jelas, industri kuda hanya akan difahami oleh orang-orang yang masuk ke dalam dunianya.