Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #19

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #19

from Dictionary :

  1. (noun) a small animal with smooth skin and long back legs that is uses for jumping. Frog live in or near water

-----------------------------------------------------------------------

Perkataan frog ini terkait dengan perkataan sebelum ini iaitu hoof. Frog merupakan sebahagian daripada komponen atau anggota di dalam hoof. Sudah pasti, frog bukanlah katak seperti yang kita fahami dalam terjemahan asal kepada perkataan ini. 

Frog adalah bahagian bawah hoof yang berbentuk segi tiga atau huruf V. Kedudukannya memanjang dari tumit ke hadapan meliputi satu per tiga daripada tapak kaki kuda. Sifat frog ini kenyal yang membolehkannya berfungsi sebagai penyerap hentakan di permukaan yang keras mahupun lembut. Fungsi lain daripada frog ini adalah untuk mengepam semula darah kembali ke jantung. 

Sebenarnya perkataan ini agak janggal bagi sesetengah orang yang terlibat dengan kuda, ada di antara mereka yang tidak mengenali frog itu sendiri kerana terbiasa dengan sebutan V-kuda. Seharusnya istilah ini terus digunakan agar perkataan frog ini tidak dikenali pemain-pemain baru dalam dunia berkuda. 

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata