Spirit-Stallion of the Cimarron (2002)

Horse Movie Session adalah siri ulasan sinopsis dan pengajaran filem-filem yang berkaitan kuda untuk tontonan umum

Review movie pada kali ini sedikit berbeza dengan movie-movie yang sebelumnya. Kali ini kita akan menonton movie kuda yang berbentuk kartun muzikal. Nama movie kali ini adalah Spirit Stallion of the Cimarron.

Movie ini mengisahkan seekor kuda liar dari baka Mustang yang hidup di bebas dan liar di pergunungan. Kisah dalam movie ini bermula apabila si stallion (tidak diberikan nama) bertemu dengan manusia buat kali pertama dalam hidupnya. Selepas dari peristiwa itu, banyak dugaan hidup yang terpaksa ditempuh untuk membebaskan dirinya daripada manusia. Ujian yang ditempuh membuatkan dia mula memahami sikap manusia. Di penghujung movie, stallion sudah mampu menerima manusia sebagai sahabatnya.

Movie ini sangat ringkas dan jalan cerita nya juga mudah difahami. Movie ini banyak membantu kita memahami perasaan dan emosi kuda itu sendiri. Walaupun dalam versi kartun, movie ini berjaya memaparkan emosi dan pemikiran kuda dengan baik. Pengajaran yang terbesar dalam movie ini adalah, kuda mempunyai perasaan dan hidup mereka sendiri dan cubalah untuk memahami dirinya dalam semua urusan kita bersamanya. Movie ini juga bagus untuk ditonton oleh anak-anak bagi memupuk sifat cinta akan kuda sejak kecil.

Selamat menonton dan jangan lupa sebarkan kepada kawan-kawan kuda anda. Siapa yang ada link untuk tontonan boleh lah komen di bawah