Horse Gait (Siri 2)

Dalam posting ini, kita akan lihat gait asas yang paling perlahan iaitu WALK. Walk dikira dalam 4 kiraan (beat) dimana setiap kaki kuda akan menjejaki tanah secara berasingan. Corak pergerakannya (pattern) boleh dilihat bermula dengan kaki belakang kiri (Left Hind), kaki depan kiri (Left Fore), kaki belakang (Right Hind) dan berakhir dengan kaki depan kanan (Right Fore). Begitulah kitaran langkah kuda yang membolehkannya Walk dengan sempurna.
.
Adapun walk ini pula boleh divariasikan lagi kepada beberapa jenis seperti medium walk, collected walk dan extended walk. Jika diberikan peluang dan kesempatan, kami akan menulis berkaitan ini dalam posting yang lain.