Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #27

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #27

from Dictionary :

  1. (noun) an association or relationship between two or more people or things

-----------------------------------------------------------------

Connection adalah istilah yang bermaksud hubungan. Dalam industri kuda, perkataan connection ini digunakan dalam dua keadaan. 

Pertama, connection di antara individu dengan kuda. Seseorang yang mengendalikan kuda mestilah mempunyai hubungan perasaan dengan kuda kerana kuda mempunyai jiwa dan mampu memahami perasaan kita. Connection atau hubungan ini terbina daripada aktiviti-aktiviti kita bersama kuda contohnya seperti aktiviti perapian (grooming), mandian (bathing), meragut (grazing) dan lain-lain. Dalam konteks ini, connection juga boleh disebut sebagai bonding. 

Kedua, istlah connection ini digunakan dalam aktiviti menunggang kuda atau lebih khusus lagi melibatkan tali kekang (rein). Ramai yang menyalahgunakan perkataan connection ini dengan beranggapan connection adalah ketengangan (tension) rein. Namun, asasnya connection hanyalah hubungan di antara tangan penunggang dengan mulut kuda rein. Penunggang yang melepaskan rein sebagai simbolik bebas di pantai-pantai boleh dikatakan, mereka tidak mempunyai connection dengan rein dan kuda pada ketika itu. Itulah contoh yang paling mudah untuk memahami connection di dalam aktiviti menunggang.

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata