Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #10

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #10

from Dictionary :

  1. (noun) a regular repeated pattern of sound or movement

--------------------------------------------------------

Perkataan rhythm ini kurang diperincikan di dalam masyarakat sehingga banyak penyalahgunaan yang terjadi ke atas perkataan rhythm ini. Biasanya kita akan terkeliru di antara perkataan rhythm dan juga perkataan tempo. 

Istilah rhythm ini membawa maksud hentakan tapak kaki kuda (footfall) atau rentak (beat) dalam setiap langkah. Tempo pula bermaksud kadar pengulangan footfall, berapa laju kaki itu bergerak. Kuda walk dengan 4 beat, trot dengan 2 beat, canter dengan 3 beat inilah sebenarnya rhythm yang perlu kita faham.

Kita perlu jelas bahawa rhythm ini tidak akan berubah sekalipun tempo berubah (dilajukan atau diperlahankan) kecuali jika berlaku situasi yang tak dijangka ke atas kuda seperti tersadung atau terkejut. Rhythm akan sempurna apabila beat yang jelas dan tepat dipamerkan dalam setiap pergerakan bersama tempo yang seragam.

Tambahan: rhythm adalah perkara pertama dalam skala latihan dressage

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata