Horse Gait (Siri 4)

Hari ini kita akan lihat gait terakhir yang paling laju dalam silibus kelas-kelas menunggang kuda pemula. Selepas daripada anda mampu untuk Canter, barulah anda boleh memilih pengkhususan disiplin berkuda yang ingin anda terokai lebih dalam.
.
Canter mempunyai 3 kiraan (beat). Berbicara berkenaan gait ini sedikit rumit kerana ‘sequence of foot fall’ kuda berbeza bergantung pada kaki yang memandu canter tersebut (canter lead). Jika kuda dalam arah pusingan jam (right lead), bermula dengan Left Hind kemudian Right Hind bersama Left Fore dan akan berakhir dengan Right Fore. Jika pusingan lawan jam (left lead) pula, bermula dengan Right Hind kemudian Left Hind bersama Right Fore dan berakhir dengan Left Fore.
.
Gait ini juga boleh divariasikan menjadi medium canter, collected canter dan extended canter. Ada yang memanggil canter ini dengan panggilan LOPE, tapi apakah perbezaan diantara keduanya? Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen di bawah.
.
p/s: Perlu diingat Canter dikenalpasti melalui ‘Sequence of footfall’ bukan KELAJUAN. Ada kuda yang memiliki langkah yang besar, panjang dan laju namun masih berada dalam gait Canter bukan Gallop