Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #16

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #16

from Dictionary :

       Tiada istilah three point yang dicatat di dalam kamus

--------------------------------------------------------------------------------

Istilah kali ini terkeluar dari topik perkataaan kerana istilah ini mengandungi 2 perkataan untuk menyempurnakannya. Adapun, istilah ini dipilih kerana keperluannya kepada masyarakat dalam memahami ilmu menunggang kuda yang selamat dan baik. 

Istilah three point ini tidaklah rumit kerana boleh difahami dengan hanya diterjemah yakni 3 titik. Cuma persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan three point itu dan di manakah tempatnya. Dalam ilmu berkuda, Istilah three point ini terkait dengan kedudukan atau posisi kita sewaktu di atas kuda di mana 3 anggota tubuh kita akan bersentuhan dengan kuda. 

Three point yang dimaksudkan adalah punggung, kaki kiri dan kaki kanan. Ketika-tiga anggota ini mestilah bersentuh atau melekap pada kuda / peralatan kuda bagi menyempurnakan kedudukan three point ini. Jika anda kekok akan penggunaannya, Istilah three point ini boleh di ganti dengan istilah full-seat dan inilah kedudukan yang paling selamat di atas kuda.

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata