Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #08

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #08

from Dictionary:-

  1. (adj) involved in activity
  2. (adj) that produces an effect; that is in operation
  3. (adj) used about the form of a verb or a sentence when the subject of the sentence when the subject of the sentence performs the action of the verb

--------------------------------------------------------------------------------------------

Istilah yang ingin dibincangkan ini adalah berkaitan dengan aktiviti menunggang kuda bukan sifat atau peribadi seekor kuda itu sendiri.

Ketika kita belajar menunggang kuda, seringkali kita mendengar pengajar/guru memberi arahan 'more active' kepada kita semasa sesi pembelajaran dan secara automatik kita akan merapatkan kaki kita sehingga mengenai perut kuda.

Ramai di antara kita yang memahami isitlah ini dengan maksud laju yakni arahan untuk membuatkan kuda semakin laju. Hakikatnya, perkataan active ini kurang tepat jika dinisbahkan kepada laju semata-mata. 

Makusd mudah perkataan active adalah perilaku kuda yang melangkah dengan penuh bertenaga dan langkahnya besar. Bagi memastikan matlamat ini berjaya kuda tidak semestinya bergerak dalam keaadaan laju. Lawan bagi kata active ini adalah inactive.

Sebagai contoh, bayangkan kita sedang berjalan di trek balapan untuk beriadah dalam keadaan bersemangat. Kita mengangkat kaki dengan lebih yakin dan berjalan dengan active. Selepas 400m berjalan, kita mula letih dan langkah kaki kita sudah tidak lagi bermaya atau inactive. Dengan mengekalkan kelajuan yang sama kita dapat membezakan pergerakan yang active dan inactive.

Oleh itu 'More Active’ adalah arahan yang selalu diberikan jurulatih kepada pelajar sebagai isyarat kuda sedang bergerak dalam keaadaan lesu. Penerangan ini hanyalah penerangan ringkas bagi memudahkan kefahaman, rujuk pengajar/guru ekuin anda untuk huraian bagaimana memastikan kuda itu active.

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata