MERDEKA !!!

MERDEKA !!!

Kami mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaaan yang ke-61 kepada seluruh warga ekuin di Malaysia.

Setiap jiwa pasti sukakan kebebasan dan begitulah juga kuda. Namun, kebebasan kuda ini bukanlah kebebasan yang terlalu terbuka sehingga tidak memperdulikan orang lain. Kuda yang hidup di hutan memerlukan kumpulan (herd) dan kuda yang didomestikannya pula memerlukan kawan (friend). Begitulah, naluri semulajadi yang ada dalam diri kuda.

Sempena hari kebangsaan ini, jom kita sama-sama berusaha untuk melepaskan kuda di dalam paddock atau arena sebagai satu kemerdekaan buatnya. Berikan masa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu untuk kuda meragut, berlari, berguling tanpa mengganggu mereka dengan saddle, briddle dan juga lead rope. Kami yakin, kuda anda akan lebih bahagia bersama tuan yang benar-benar memahami naluri semulajadinya.

Sebarkan semangat, Sayangi Malaysia.