Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2018: Medan Mengumpul Komuniti Berkuda

Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Haji Ahmad bin Yakob dalam Majlis Perasmian Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2018
1 / 5

BACHOK, KELANTAN – Pertunjukan Kuda Kebangsaan (NHS) 2018 bertempat di Royal Kelantan Endurance Stables yang tamat semalam bermula 29 November 2018 hingga 2 Disember 2019 mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan komuniti berkuda.

Pertunjukan yang menggabungkan badan-badan berkuda negara ini merupakan acara tahunan komuniti berkuda Malaysia. Namun, julung kalinya diadakan di Serambi Mekah dan turut mendapat perkenan Sultan Muhammad V selaku Yang di-Pertua Agong.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Haji Ahmad bin Yakob dan turut diserikan dengan persembahan berkuda termasuk memanah berkuda. 

Acara yang paling menjadi tumpuan pada edisi kali ini adalah Pony Race yang merupakan sukan rakyat Kelantan. Di samping itu, acara lain seperti Dressage, Jumping, Endurance, Memanah Berkuda, Juruladam turut dipertandingkan sepanjang 5 hari di sini. 

Sudut pameran dan jualan juga disediakan bagi memberi informasi terkini berkaitan aktiviti komuniti berkuda Malaysia. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan secara langsung kerja-kerja yang berkaitan kuda dalam sesi demonstrasi peladaman, pemeriksaan gigi kuda dan pemeriksaan kesihatan. 

Diharap pertunjukan ini dapat diteruskan agar lebih ramai masyarakat terlibat dalam komuniti kuda Malaysia.

Majulah sukan untuk negara

Next