LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018

Lt. Kol Bersekutu (PA) Wan Mhd Hafizam menyerahkan obor kepada Pengarah APM Pulau Pinang, Kol. (PA) Pang Ah Lek
1 / 5

PENANG - Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia yang berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menerusi Briged Ekuin APM diberi penghormatan untuk membawa obor yang tiba di Pulau Pinang menuju ke Taman Rekreasi PBAPP Bukit D.O di Bukit Mertajam. 

Obor dibawa oleh Lt. Kol Bersekutu (PA) Wan Mhd Hafizam dengan menunggang kuda diiringi oleh Musa Kamaruddin yang merupakan anggota Briged Ekuin APM. 

Larian ini dapat dijayakan dengan baik tanpa sebarang kemalangan hasil kerjasama Majlis Ekuin Malaysia (MEM), MyEkuin, SSC Resources, High Chaparral Stable (HCS) dan Briged Ekuin APM. 

Jom sama-sama kita meriahkan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018).

Next