Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #01

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #01

from Dictionary:-

  1. (noun) a man who rides a horse well

-------------------------------------------------------------------------------------

Perkataan ini seringkali kita dengar jika sudah masuk ke dalam dunia kuda, namun banyak teka-teki tentang maksud asal perkataan ini. Sebilangan orang mengatakan horseman wujud dari gabungan dua kata dasar horse + men iaitu kuda dan manusia. Manakala, sebahagian lain pula menyatakan perkataan ini wujud dari perkataan horsemanship. 

Istilah horseman ini boleh dimaksudkan sebagai seorang yang meletakkan kepentingan kudanya terlebih dahulu dalam segala keaadaan. Horseman akan mempertimbangkan perihal keperluan kuda, kehendak kuda, kesihatan kuda, perasaan kuda, ketakutan kuda, pemikiran kuda dan segala aspek yang melibatkan kuda akan dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum berinteraksi dengan kuda.   

Istilah ini cukup mudah disebut tetapi sangat sukar difahami apatah lagi dipraktikkan. Bayangkan dalam beberapa situasi, ego sebagai seorang pemimpin kepada kuda terpaksa diketepikan kerana memikirkan soal kuda. Walaubagaimanapun, kunci ke arah menjadi seorang horseman adalah ilmu mengenali dan memahami kudai tu sendiri. 

Tambahan: ramai berpendapat istilah ini bersifat universal dan terpakai untuk lelaki dan perempuan

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang berikutnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata