Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #17

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #17

from Dictionary :

         Tiada istilah ini dicatatkan di dalam kamus

--------------------------------------------------------------------

Istilah hari ini pula adalah pelengkap kepada istilah yang dibincangkan semalam iaitu three point. 

Two point juga merupakan istilah yang terkait dengan kedudukan kita di atas kuda, bezanya kali ini hanya 2 titik badan kita yang akan bersentuhan dengan kuda. Dalam posisi two point punggung akan di biarkan tidak bersentuhan dengan kuda/saddle menjadikannya baki 2 titik bersentuhan. Two point yang dimaksudkan ini adalah kaki kiri dan kaki kanan masih bersentuhan dengan kuda. 

Posisi two point ini juga biasanya dipanggil sebagai jumping position yakni kedudukan yang sesuai ketika kuda melompat melepasi palang. Tujuan utama two point ini adalah untuk memberi ruang kepada kuda menggunakan badannya ketika melompat tanpa bebanan daripada penunggang. 

Banyak perkara yang boleh diperkatakan jika berbincang berkenanan Istilah two point ini secara terperinci. Hal ini kerana, terdapat istilah lain yang hampir serupa dan mengelirukan terkait dengan two point. Antaranya adalah istilah half seat dan istilah light seat

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata